CGC Developmental Programme™ BM



Perolehi pembiayaan kewangan dan akses pasaran baru.

9 November 2021

Taklimat Pengenalan

  CGC Developmental Programme™  

Daftar sekarang

17 November 2021

Advisory Workshop

  Pemasaran Digital  

Daftar sekarang

24 November 2021

Advisory Workshop

  e-Dagang    

Daftar sekarang

22 Disember 2021

Advisory Workshop

  Penjenamaan    

Daftar sekarang

*Bengkel ini ditawarkan kepada pelanggan CGC sahaja dan penyertaan adalah tertakluk pada ketersediaan.

*Tarikh bengkel tertakluk kepada perubahan.

Penasihat Akses Pembiayaan

Sesetengah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menghadapi cabaran dalam mendapatkan pembiayaan / pinjaman daripada Institusi Kewangan (FIs) / Institusi Kewangan Pembangunan (DFIs) disebabkan oleh beberapa halangan seperti kekurangan atau ketiadaan pelan rekod kewangan iaitu penyata bank atau penyata keuntungan dan kerugian. Selain daripada tahap ketersampaian kewangan yang lemah, sesetengah perniagaan mungkin juga tidak mempunyai cagaran atau memiliki rekod kredit yang lemah.

Penasihat Kewangan CGC (FA Team) membantu PMKS yang menghadapi kesukaran untuk memperoleh pembiayaan / pinjaman, dengan menjalankan kajian yang menyeluruh terhadap permohonan mereka untuk mengenal pasti punca permasalahan dan memberi panduan serta bimbingan kepada PMKS untuk meningkatkan pengetahuan kewangan dan mengukuhkan kelayakan mereka.

Penasihat Kewangan CGC juga membantu PMKS dalam mendapatkan pembiayaan alternatif, seperti Peminjaman antara Rakan Setara (P2P) untuk permohonan yang tidak layak memohon pinjaman / pembiayaan daripada Institusi Kewangan (FIs) / Institusi Kewangan Pembangunan (DFIs).

Khidmat nasihat kewangan yang diberikan adalah bergantung kepada permasalahan yang dihadapi oleh PMKS seperti kegagalan dalam mendapatkan pembiayaan / pinjaman daripada institusi kewangan atau rujukan kepada pembiayaan alternatif. Di samping itu, kami akan merujuk PMKS kepada agensi pembangunan kapasiti yang dapat membantu keupayaan PKS dan memperbaiki kekurangan mereka.

Dengan memanfaatkan maklumat yang diperoleh, Penasihat Kewangan CGC berhasrat untuk meningkatkan bilangan PMKS yang layak untuk memperoleh pembiayaan / pinjaman. Di samping itu, dapat memberi lebih banyak pilihan kepada PMKS untuk bekerjasama dengan pembiayaan alternatif atau agensi pembangunan kapasiti lain. Kami sentiasa memantau kemajuan PMKS serta berharap dapat membantu perjalanan keusahawanan mereka.

Fungsi Penasihat Akses Pembiayaan

  1. Menjalankan kajian dan diagnosis yang komprehensif mengenai permohonan yang tidak berjaya melalui imSME (mengenalpasti punca kegagalan, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam mendapatkan padanan produk perniagaan atau penolakan daripada Institusi Kewangan (FIs) / Institusi Kewangan Pembangunan (DFIs) imSME yang mengambil bahagian).
  2. Memberikan nasihat kewangan seperti:
    • Meningkatkan pengetahuan kewangan PMKS mengenai pentingnya menjaga rekod kewangan dan rekod pembayaran yang baik.
    • Menyarankan pembiayaan alternatif seperti Peminjaman antara Rakan Setara (P2P) atau Agensi Pembiayaan Lain yang mungkin dapat memberikan pembiayaan alternatif kepada PMKS.
  3. Menyediakan latihan perniagaan untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada PMKS melalui saranan Agensi Pembangunan Kapasiti. Latihan ini bergantung kepada isu-isu yang perlu ditangani seperti:
    • Kewangan: simpan kira, kos, belanjawan, unjuran, aliran tunai
    • Kredit: kriteria penilaian kredit yang lazim
    • Perniagaan: model dan rancangan perniagaan

Penasihat Akses Pasaran

Perkhidmatan khidmat nasihat akses pasaran mendedahkan PMKS kepada pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian untuk mengembangkan pasaran produk / servis ke pasaran tempatan, antarabangsa atau melalui dalam talian. CGC Developmental Programme menawarkan Bengkel Penasihat dan Inisiatif Akses Pasaran yang dapat membina perniagaan dan menawarkan peluang kepada PMKS yang berminat.

Bengkel Penasihat merupakan sesi perkongsian maklumat terkini serta gaya perniagaan oleh mereka yang pakar dalam sesuatu bidang. Bengkel ini mendedahkan PMKS terhadap strategi baharu pasaran serta cara yang berkesan untuk menjalankan perniagaan. Antara topik yang dikongsikan termasuk tip penjualan dan perkhidmatan dalam talian yang berjaya, pemasaran digital, cara untuk mendapatkan pensijilan produk, serta Revolusi Industri 4.0.

CGC Developmental Programme sentiasa berusaha untuk membuka pasaran yang baharu kepada PMKS. Pada peringkat dalam negara / tempatan, kami membantu PMKS meneroka pelbagai saluran pasaran seperti pasaraya besar dan farmasi. Dengan itu, ia dapat membuka peluang yang lebih banyak untuk pengedaran produk mereka.

Bagi pasaran antarabangsa pula, PMKS dibantu melalui kerjasama dengan MATRADE dalam menganjurkan pameran seperti Canton Fair atau China Expo ASEAN (CAEXPO). CGC juga mengendalikan pemadanan perniagaan yang disesuaikan (CGC International BizMatch) dengan rakan niaga daripada negara lain seperti Thailand dan Indonesia. Hal ini dapat membuka peluang perniagaan yang lebih luas untuk pemasaran merentasi sempadan.

Sekiranya terdapat jurang yang perlu dihadapi oleh PMKS, CGC akan menganjurkan sesi bimbingan yang khusus dan relevan seperti pembungkusan produk atau cara penjualan yang efektif kepada pembeli/pelanggan. Khidmat nasihat kami meliputi usaha dalam membantu PMKS untuk memenuhi kelayakan, persijilan atau kriteria yang diperlukan dalam produk mereka serta memastikan kelancaran pasaran baharu.

CGC Developmental Programme turut bersama PMKS dengan sentiasa memahami keperluan mereka.

Fungsi Khidmat Nasihat Akses Pasaran

  1. Memberi Khidmat Nasihat - Menilai dan mencadangkan bantuan yang bersesuaian dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam memperoleh pengetahuan dan peluang kepada akses pasaran terkini dan relevan.
  2. Bengkel Penasihat - Memberikan pengetahuan, kemahiran atau keupayaan yang sesuai untuk menyokong perkembangan dan kemampanan PMKS.
  3. Akses Pasaran Baharu - Memberikan pengetahuan, kemahiran atau keupayaan yang sesuai untuk menyokong perkembangan dan kemampanan PMKS.

Inspirasi Kehidupan

Kami memaparkan beberapa kisah kejayaan kehidupan yang dikecapi oleh mereka yang dibantu di bawah  CGC Developmental Programme™. Sebuah kisah benar yang menjadi inspirasi kepada semua.

imSME website is currently experiencing technical interruption. You may experience delay in the application for financing referral. Any inconvenience is much regretted.
Laman web imSME sedang mengalami gangguan teknikal berkala. Anda mungkin mengalami kelewatan dalam permohonan rujukan pembiayaan. Segala kesulitan amatlah dikesali.