Soalan Lazim CGC Developmental Programme™

1. Apakah CGC Developmental Programme™?

CGC Developmental Programme™ ialah program pembangunan yang memberi khidmat nasihat akses pembiayaan dan khidmat nasihat akses kepada pasaran baharu khususnya untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang tidak mempunyai cagaran.

2. Siapakah Financial Advisory Team (FA) / Penasihat Kewangan CGC?

Penasihat Kewangan CGC membantu PMKS yang menghadapi kesukaran untuk memperoleh pembiayaan atau pinjaman, dengan menjalankan penilaian yang menyeluruh terhadap permohonan mereka, mengenal pasti punca permasalahan dan memberi panduan serta bimbingan kepada PMKS untuk meningkatkan pengetahuan kewangan mereka dan mengukuhkan kelayakan mereka dalam pembiayaan.

3. Bagaimanakah PMKS mendapat bantuan daripada FA Team/Penasihat Kewangan CGC?

Penasihat Kewangan CGC akan menghubungi PMKS yang menghadapi kegagalan dalam permohonan melalui imSME atau MyKNP untuk diberi khidmat nasihat kewangan.

Sebagai alternatif, PMKS juga boleh menghubungi MyKNP (Khimat Nasihat Kewangan) melalui e-mel myknp@cgc.com.my atau di talian 03-7680 0088 .

4. Apakah nasihat yang diberikan kepada PMKS untuk mengukuhkan kelayakan dalam pembiayaan?

Penasihat Kewangan CGC akan menilai secara komprehensif permohonan yang tidak berjaya melalui imSME dan MyKNP dan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  • Mengenal pasti jurang serta memberitahu PMKS punca kegagalan mendapatkan padanan produk dari imSME dan / atau penolakan dari Institusi Kewangan (FIs).
  • Memberi panduan serta bimbingan kepada PMKS serta bimbingan tentang kepentingan mengekalkan rekod prestasi kewangan dan pembayaran balik yang baik.
  • Merujuk PMKS kepada pembiayaan alternatif, seperti syarikat Pembiayaan Peminjaman antara Rakan Setara (P2P) atau (agensi pembiayaan lain yang mungkin dapat memberikan pembiayaan alternatif kepada PMKS.
  • Merujuk PMKS kepada Agensi Pembangunan Kapasiti yang dapat membantu keupayaan PMKS dan memperbaiki kekurangan mereka.

5. Apakah Pembiayaan Peer-to-Peer (P2P)?

Syarikat pembiayaan Peminjaman antara Rakan Setara (P2P) adalah platform pemberian pinjaman dalam talian yang menghubungkan PMKS untuk pembiayaan / pinjaman perniagaan dengan pelabur yang mempunyai wang tunai untuk pelaburan. P2P dikawal selia dan dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan dilancarkan pada 2016 untuk menyediakan pembiayaan alternatif kepada PMKS selain Institusi Kewangan (FIs).

Untuk maklumat lanjut tentang pembiayaan P2P, sila rujuk laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di https://www.sc.com.my/

6. Apakah Agensi Pembangunan Kapasiti?

Agensi Pembangunan Kapasiti merupakan agensi yang menyediakan program bimbingan perniagaan dan kewangan untuk pembangunan dan transformasi PKS. Setelah mengkaji dan memahami punca permohonan yang tidak berjaya, ataupun PKS masih tidak layak mendapatkan pembiayaan / pinjaman pada peringkat selepas bimbingan, dan bergantung kepada isu yang perlu ditangani, Penasihat Kewangan CGC akan merujuk PKS kepada Agensi Pembangunan Kapasiti dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kapasiti dan keupayaan dan peluang PKS mendapatkan pembiayaan / pinjaman.

7. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan yang diperolehi daripada Penasihat Kewangan CGC?

Tiada caj atau yuran diperlukan atas nasihat, bimbingan atau panduan yang diberikan oleh Penasihat Kewangan CGC.

8. Berapa lamakah saya perlu menunggu Penasihat Kewangan CGC untuk menghubungi saya apabila permohonan saya di imSME dihantarkan dan / atau menghubungi MyKNP?

Penasihat Kewangan CGC akan menghubungi anda dalam masa dua (2) hari bekerja dari tarikh anda membuat pertanyaan kepada MyKNP dan / atau status aplikasi imSME anda gagal mendapatkan padanan produk yang ditolak oleh Institusi Kewangan yang mengambil bahagian.

9. Apakah MyKNP?

KNP atau Khidmat Nasihat Pembiayaan yang dirasmikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu kerjasama diantara Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). MyKNP@CGC adalah sebuah unit di bawah CGC yang menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang gagal memperoleh kelulusan pembiayaan perniagaan dari institusi kewangan. MyKNP@CGC bertujuan untuk membantu PKS meningkatkan keupayaan mereka untuk memperoleh pembiayaan dan memaklumkan tentang adanya pembiayaan alternatif.

10. Apakah Bengkel Nasihat?

Bengkel Nasihat ialah sesi perkongsian oleh pakar industri untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PMKS mengenai topik yang berkaitan dengan trend perniagaan dan pasaran terkini. Selain sesi perkongsian, terdapat juga sesi pemadanan perniagaan yang disesuaikan (business matching) dengan pemilik saluran pasaran potensial PKS.

11. Apakah jenis bengkel yang ada dalam Bengkel Nasihat?

Terdapat tiga (3) jenis bengkel, iaitu (i) pemasaran digital, (ii) penjenamaan dan (iii) e-dagang.

12. Adakah saya akan dikenakan bayaran untuk menghadiri bengkel-bengkel ini?

Tiada yuran atau caj untuk menghadiri bengkel pada masa ini. Walau bagaimanapun, tempat adalah terhad, dan anda dinasihatkan untuk mendaftarkan seawal mungkin untuk menjamin tempat anda untuk mengelakkan ketinggalan.

13. Apakah Akses Pasaran Baru?

Akses Pasaran Baru adalah inisiatif yang memberikan pengetahuan, kemahiran atau sokongan yang sesuai untuk membantu PMKS melalui fasa pengembangan pasaran baru (tempatan atau antarabangsa) atau saluran e-dagang (e-commerce). PMKS akan dibimbing melalui program intervensi yang sesuai untuk meningkatkan kejayaan mereka.

14. Bagaimanakah saya mengenal pasti saluran pasaran atau pengedaran yang sesuai untuk perniagaan saya?

Penilaian akan dilakukan untuk mengenal pasti kesediaan dan kesesuaian produk dan perkhidmatan anda sebelum mendaftarkan anda ke pasaran atau saluran tertentu.

15. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran komitmen untuk menyertai Akses Pasaran Baru?

Anda akan dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya bayaran komitmen diperlukan dari program tertentu.

16. Adakah terdapat komitmen bukan dari segi yuran yang perlu saya janjikan sepanjang program ini?

Program ini dipantau selama dua (2) tahun dari tarikh penyertaan program tersebut. PMKS dikehendaki untuk mengemaskini perkembangan mereka dari semasa ke semasa, seperti peningkatan jualan, pengembangan pasaran baru dan sebagainya. Maklumat ini penting bagi penasihat kami untuk bekerjasama dengan PMKS untuk menambahkan peluang kejayaan pada akhir program.

17. Saya berminat! Bagaimana saya mendaftar?

Klik di sini jika anda berminat.

 

 

imSME website is currently experiencing technical interruption. You may experience delay in the application for financing referral. Any inconvenience is much regretted.
Laman web imSME sedang mengalami gangguan teknikal berkala. Anda mungkin mengalami kelewatan dalam permohonan rujukan pembiayaan. Segala kesulitan amatlah dikesali.